8.22.2013

aku dan rasa

kini aku kembali, begitu jarang sekali aku ke laman ini untuk mencatat segala rahsia hati. *dari tadi lagi tulis mukadimah backspace* pffffttttt.

Alhamdulillah, banyak sangat dah yang dah datang dan pergi. tapi tak semua boleh kongsi, boleh diratapi, kan? well yeah! hidup penuh warna warni turun naik kan? senyumlah sebab semua tu Allah yang kurniakan. dalam kita seronok beraya sakan , upload gambar family, kawan kawan, tapi mesti ada yang sorang sorang, hilang kawan, hilang saudara, tak sempat nak bahagia sama sama sebelum raya accident luka luka, orang lain pergi beraya tapi dia sakit. kita bersyukurlah. kan?  

dan dari tarikh aku menitipkan lauhan hati aku dekat sini bermakna tak sampai lagi seminggu aku akan pergi merantau tempat orang cari ilmu jauh dari kampung halaman. first time jauh dari buah hati tercinta . jauh tak jauh. Kelantan - Kuantan tu. jauh jugak k. blerrrggghhhh.dan dah berapa kali abah bergurau dengan aku. FYI, aku only daughter dari 4 adik beradik dan sangat manja. ouh aku ta rasa macam tu. tapi ibu dgn adik aku selalu sakat aku macam tu. aku katang beb. tssskk tsssskkk. T.T

abah : nanti tinggal abah ibu danish dengan babe je kat rumah ni. *buat buat nangis*
aku : aah, *senyum kambing*
abah : nanti abah makin kuruslah rindu kakak,tak katang lah 
aku : kelakalah tu *gelak*

(padahal dalam hati dah banjir. not funny at all)

Bersyukur sangat dapat tengok ibu dengan abah happy. gilalah sape yang tak suka tu kan? haha .
kakak nak belajar rajin rajin. jadi contoh dekat adik adik. kita bukan orang senang. abah kerja tak berhenti nak tengok bini dengan anak anak dia bahagia. takkan nak balas tu pun susah? belajar rajin rajin je. buat hilang penat dia kerja hempas pulas cari duit. 

ibu juga pernah cakap

"ibu takde harta nak bagi dekat anak anak ibu. ibu dengan abah tolong sediakan duit je suruh belajar betul betul. ibu tak kan redha kalau anak anak ibu tak nak belajar. biarlah jadi apa pun. cari ilmu sampai nak mati sekalipun."

"apa yang kita sayang , mintak dengan Allah yang jagakan"


ya Allah, tolong jagakan mereka untuk aku. meraka cinta aku.

No comments:

Post a Comment